Ahad, 5 April 2015

Memetik Buah Fig .


         
             
 Buah fig adalah buah yang kaya dengan khasiat tersendiri.Nama lain bagi buah fig ialah buah Tin.Hari ni,bersamaan 4/4/2015 aku sekeluarga bersama rakan telah pergi mengutip buah fig di ladang Fig di Australia. Di sini kita dapat memetik buah fig sendiri.Masuk adalah percuma.Kita boleh memetik buah fig sebanyak mane yang kita nak.Harga untuk sekilogram ialah 10 dollar Australia tetapi jika kita nak beli terus pun boleh, haarganya 12 dollar Australia. Berbaloi juga pergi sebab masuk adalah percuma dan kita boleh makan buah fig tersebut sebanyak mane yang kita mampu. Kami dapat memetik buah tersebut hampir 2kg, Puas la makan.

                                     


     Fig ni ada banyak jenis. Terdapat 3 jenis fig terdapat di ladang tersebut iaitu Golden Fig,Turkish Delight dan satu lagi tak ingat nama dia.hehe..


Kami tak penuhkan box yang diberi pun.Ada dalam 19 biji. Itupun dah 1.7kg.Nasib baik tak petik banyak-banyak.


Yang ini buah fig yang dikeringkan yang biasa dijual di pasaran.Pengalaman memetik buah fig sendiri sememangnya berharga dan tidak dapat dilupakan.Ada pelbagai lagi jenis ladang buah yang dapat kita lawati di Adelaide.Setiap satunya mempunyai musim tersendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...