Isnin, 31 Ogos 2015

Magis Manis Coklat Review Bahagian 2.

       Apa khabar para pembaca sekalian? Semoga sihat-sihat sejahtera dan ceria selalu. Setelah lama tidak membuat review komik, jom kita sambung semula Komik Magis Coklat yang seterusnya setelah buku Evil Essence- buku kelima Magis Manis Coklat.

   Magis Manis Coklat mengisahkan tentang pembuat coklat yang bernama Aikawa Shokora yang menghasilkan pelbagai coklat yang mampu menunaikan hajat pembeli. Namun, bayaran untuk harga coklat Shokora sangat mahal. Sesiapa yang berhati baik coklatnya menjadi ubat tetapi jika berniat jahat ia menjadi racun dan dapat menghancurkan kehidupan si pemakan coklatnya.

   Buku Magis Coklat yang keenam selepas Evil Essence ialah Fruity Flavor.

    
 Fruity Flavor.
   
           Dalam komik Fruity Flavor ni, terdapat watak baru yang muncul iaitu ahli sihir pembuat ais cream. Si kembar ini bernama Himuro Sarube dan Himuro Glass.Si kembar ini melawat Aikawa Shokora maka terbongkarlah identiti sebenar Himuro Glass iaitu syaitan yang membuat perjanjian bersama Himuro Sarube.Perjanjian tersebut dilakukan untuk menyelamatkan Himuro Glass yang sebenar kerana sakit tenat.Himuro Glass  tiruan tersebut menjelma menjadi kucing akhirnya.

           Di dalam buku ini juga ada menceritakan tentang masa silam ahli sihir putih pembuat coklat iaitu Blanche. Dia adalah seorang perempuan yang baik pada masa silam yang mampu menunaikan hajat orang kampung dengan menggunakan tenaganya.Namanya Shirayuki.Namun, akhirnya mati kerana diburu askar dan lemah akibat terlalu banyak menggunakan tenaganya untuk menunaikan hajat. Roh asal Shirayuki dimasukkan di dalam patung oleh kekasihnya dengan harapan dia terselamat daripada maut tetapi roh tersebut menjadi kejam dan menjelma menjadi ahli sihir putih bernama Blanche. Aikawa Shokora cuba menyelamatkan Shirayuki di zaman lampau tetapi gagal.Blanche meneruskan agendanya mengumpul roh-roh di zaman kini untuk mendapatkan semula kakao. 
    
         Satu demi satu agenda Blanche dapat Aikawa patahkan. Ini menyebabkan Blanche semakin benci pada Aikawa dan berhasrat untuk membunuhnya dengan kejam.Bacalah kisah yang semakin menarik ini dalam Magis Manis Coklat Fruity Flavor.Pasti pembaca akan menanti kisah selanjutnya dalam tajuk yang akan datang iaitu Guilty Crunch.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...