Selasa, 2 Jun 2015

Tanda-Tanda Utama Awal Bersalin.


             Setiap wanita mengandung pasti merasa risau dan bimbang terutama bagi wanita yang buat pertama kalinya mengandung dan melahirkan anak. Setiap anak yang bakal lahir mempunyai cerita kelahiran tersendiri serta tanda-tanda kelahiran yang kemungkinan sama atau berbeza bagi setiap wanita. Terdapat beberapa tanda awal yang akan dihadapi oleh si ibu sebelum bersalin iaitu;

1) Sakit belakang yang kerap dan kerap buang air.
Sakit belakang yang tidak hilang walaupun ketika rehat atau tidur.Sakit di bahagian belakang dan bawah atau pinggul.



2)Kontraksi Braxton Hick.
Kontraksi rahim yang sekali sekala datang dan hilang apabila beralih posisi. Perut berasa mengeras dan tegang apabila kontraksi berlaku seakan-akan kerasnya dinding kemudian lembut semula.

3)Turunnya plak mukus atau lendir yang panjang sama ada bercampur darah atau tidak. ( bloody show).
Tak sakit apabila berlaku bloody show. Ini menunjukkan serviks sudah mula terbuka dan badan bersedia untuk proses bersalin.


4) Pecahnya air ketuban/ Ammniotic fluids.
Biasanya berlaku apabila bukaan mencecah 6-7cm dan kepala bayi sudah menekan ke bawah dan masuk ke ruang pelvis. Biasanya doktor yang pecahkan kerana kebanyakan ibu datang awal ke hospital.

5)Kontraksi rahim berlaku secara teratur iaitu setiap lima minit sekali selama 1 jam. Kadang-kadang tak perlu setiap berapa minit asalnya kontraksi rahim teratur. Kadang-kadang setiap minit. 

6)Sakit perut yang memulas-mulas dan terasa nak meneran. Ini tanda akhir setelah air ketuban pecah.



        Bakal ibu dinasihatkan untuk pergi ke hospital jika mengalami tanda-tanda air ketuban pecah, bloody show dan kontraksi rahim teratur.Ini menunjukkan si ibu hampir memasuki fasa bersalin. Jika si ibu pergi awal ketika berlakunya Braxton Contraction, si ibu kemungkinan disuruh pulang semula ke rumah. Jika ibu takut dan tidak pasti tanda-tanda yang dialami, eloklah juga ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut. 

        Semoga tanda-tanda di atas dapat memberi panduan serba sedikit kepada para bakal ibu . Hadapilah proses bersalin dengan tenang dan yakin. Semoga dipermudahkan proses bersalin. 


    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...