Pada cuti panjang yang lepas, aku sekeluarga serta adik iparku, Haris telah pergi bercuti di Mount Gambier, Australia. Perjalanan kami menaiki kereta adalah selama 5 jam dari rumah. Suasana di sini sejuk dan nyaman. Pelbagai tempat menarik telah dapat kami lawati seperti Sinkhole, gua, dan Blue Lake. Kami telah menginap di Avalon Motel di mana kami telah bermalam sehari semalam di sana. Motel dia harga berpatutan.
Avalon Motel, Mount Gambier
Destinasi pertama kami ialah Umpherston Sinkhole.
Terdapat papan tanda yang menerangkan tentang definisi sinkholes.
Kena hati-hati bila turun ke lubang ni sebab tangga dia agak curam. Tidak boleh bawa stroller budak. Budak-budak kecil elok didukung semasa menuruni tangga tu nanti.
Kesimpulannya, kepada pencinta alam flora, semestinya menjadi salah satu destinasi menarik untuk dilawati.Tak sampai 10 minit kita sudah boleh menjelajah sinkhole ini.
Kita akan bertemu lagi dalam entri berikutnya tentang destinasi kedua kami iaitu Blue Lake.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan