Rabu, 29 April 2015

Kata-Kata Hikmat


        Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Jam menunjukkan pukul 12.43 tengah malam.Mata masih belum mengantuk dan terlelap.Sebelum tidur mari kita muhasabah diri dan merenung kata-kata hikmat yang dapat kita jadikan panduan dan iktibar dalam kehidupan seharian.Saja-saja menyemak semula dokumen yang ada dalam laptop, tup tup terjumpa kata-kata hikmat,nasihat dan doa yang selama ini tersimpan rapi.

       Mari kita semak sekali imbas khazanah yang ada:-






                 Dah tak larat nak taip malam-malam buta ni.Cukuplah untuk hari ini.Sekian, terima kasih.Jumpa di next topik. Nak upload banyak picture pun dah tak nampak yang mane best.Oklah, good night and sweet dream. Time to sleep..zzzzzz.


  

Selasa, 21 April 2015

Berkelana Ke Mount Gambier, Australia.- Umpherston Sinkhole.


            Pada cuti panjang yang lepas, aku sekeluarga serta adik iparku, Haris telah pergi bercuti di Mount Gambier, Australia. Perjalanan kami menaiki kereta adalah selama 5 jam dari rumah. Suasana di sini sejuk dan nyaman. Pelbagai tempat menarik telah dapat kami lawati seperti Sinkhole, gua, dan Blue Lake. Kami telah menginap di Avalon Motel di mana kami telah bermalam sehari semalam di sana. Motel dia harga berpatutan.
          Avalon Motel, Mount Gambier

       
Destinasi pertama kami ialah Umpherston Sinkhole.
Terdapat papan tanda yang menerangkan tentang definisi sinkholes.





          Kejadian sinkhole ini telah berlaku berkurun lamanya dan telah dijadikan taman oleh James Umpherston pada tahun 1886.Taman ini menarik dan cantik.Suhunya bergantung pada cuaca sekelilingnya. Jika pergi  pada musim panas ,kita perlu lebih berhati-hati kerana banyak lebah hinggap pada bunga-bunga yang berkembang mekar.Sangat cantik dan terhibur melihat persekitarannya yang mantap.



         Kena hati-hati bila turun ke lubang ni sebab tangga dia agak curam. Tidak boleh bawa stroller budak. Budak-budak kecil elok didukung semasa menuruni tangga tu nanti. 

        Kesimpulannya, kepada pencinta alam flora, semestinya menjadi salah satu destinasi menarik untuk dilawati.Tak sampai 10 minit kita sudah boleh menjelajah sinkhole ini.

Kita akan bertemu lagi dalam entri berikutnya tentang destinasi kedua kami iaitu Blue Lake.




  




Ahad, 5 April 2015

Memetik Buah Fig .


         
             
 Buah fig adalah buah yang kaya dengan khasiat tersendiri.Nama lain bagi buah fig ialah buah Tin.Hari ni,bersamaan 4/4/2015 aku sekeluarga bersama rakan telah pergi mengutip buah fig di ladang Fig di Australia. Di sini kita dapat memetik buah fig sendiri.Masuk adalah percuma.Kita boleh memetik buah fig sebanyak mane yang kita nak.Harga untuk sekilogram ialah 10 dollar Australia tetapi jika kita nak beli terus pun boleh, haarganya 12 dollar Australia. Berbaloi juga pergi sebab masuk adalah percuma dan kita boleh makan buah fig tersebut sebanyak mane yang kita mampu. Kami dapat memetik buah tersebut hampir 2kg, Puas la makan.

                                     


     Fig ni ada banyak jenis. Terdapat 3 jenis fig terdapat di ladang tersebut iaitu Golden Fig,Turkish Delight dan satu lagi tak ingat nama dia.hehe..


Kami tak penuhkan box yang diberi pun.Ada dalam 19 biji. Itupun dah 1.7kg.Nasib baik tak petik banyak-banyak.


Yang ini buah fig yang dikeringkan yang biasa dijual di pasaran.Pengalaman memetik buah fig sendiri sememangnya berharga dan tidak dapat dilupakan.Ada pelbagai lagi jenis ladang buah yang dapat kita lawati di Adelaide.Setiap satunya mempunyai musim tersendiri.




AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...