Jumaat, 5 Disember 2014

Gorge Wildlife Park Adelaide, South Australia.


       Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang singgah di laman blog ini, Kali ini saya ingin menceritakan tentang satu tempat yang ala-ala zoo yang terdapat di Adelaide, South Australia yang seronok untuk dilawati seisi keluarga. Tempat tersebut namanya Gorge Wildlife Park. Apa yang menarik di sini salah satunya kita dapat memberi makan kepada binatang-binatang seperti burung, merak dan kangaroo.Yang paling best  apabila kita dapat memegang koala dan mengambil gambar bersama koala tersebut secara percuma. Anda akan diberi peta Taman Haiwan di kaunter masuk taman haiwan ini.


Papan Tanda Utama .

Kangaroo Albino sedang tidur .

Koala sedang berehat.

Merak Albino.

Kai Ling dengan koala.
Zara beri makanan.

         Selain itu, terdapat binatang lain seperti kelawar, meekat, unta dan banyak lagi yang boleh kita lihat di taman ini.Kita juga boleh membeli makanan haiwan dengan harga yang berpatutan. Tempat makan juga disediakan.Kita juga boleh berkelah di taman ini dengan membawa makanan dari rumah dan tempat untuk BBQ juga disediakan.



    Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan dengan Taman haiwan ini, bolehlah layari laman web tersebut. http://gorgewildlifepark.com.au/  Taman haiwan ini merupakan salah satu destinasi wajib kepada sesiapa yang datang ke South Australia. Datang awal pagi amat digalakkan kerana pada waktu tersebut haiwan aktif dan lapar. Gorge Wildlife Park mula dibuka pada Jam 9 pagi dan tutup pada Jam 5 petang.  

Harga :
Dewasa: AUD 15
Kanak-kanak(3-15 tahun): AUD 9
Warga emas dan pelajar:AUD 12
Pakej Keluarga( 2 Dewasa 2 Kanak-kanak): AUD 42 










Selasa, 2 Disember 2014

Tips Hilangkan Bau Busuk Peti Sejuk Cepat Dan Mudah.


   

Cara Hilangkan Bau Busuk Peti Sejuk.


    
      Setelah semiggu bercuti di Sydney, Australia, Kami pulang ke rumah setelah puas berjalan. Sampai je kat rumah, bau busuk mencucuk hidung. Rasanya dah buang sampah sebelum pergi hari tu,. Check punya check rupanya bau tersebut datangnya dari peti sejuk. Habis semua barang atas dan bawah memang berkulat dan berbau busuk seperti bau bangkai.Suis Peti sejuk tertutup sebab suis utama tutup.Rasanya dah check dah suis peti sebelum bertolak hari tu.Nak buat macam mane tak ada rezeki.

          Niat di hati mahu berehat setelah penat mengejar bus semasa dalam perjalanan ke Airport, namun, terbengkalai sebab kena bersihkan peti sejuk pula. Apa lagi, semua makanan ,sampah, semua dikumpul dan  dibuang double beg. Suis peti sejuk sedia ditutup dan kerja pembersihan dilakukan dengan mild sabun dan air.Jangan pekat-pekat sangat sabun, sikit je letak sebab tak elok letak banyak-banyak.

         Semua compartment dibasuh dengan sabun dan air sebelum dijemur di bawah cahaya matahari sekejap.



     Peti sejuk je tak dapat jemur bawah matahari kan.Bau busuk tetap tidak hilang walaupun telah dicuci bersih-bersih dan di lap dengan kain. Setelah mencari cara-cara yang sesuai, cepat dan jimat, akhirnya dapat juga jalan penyelesaiannya.

Cara-cara hilangkan bau busuk peti sejuk:

1) Bancuh sodium bicarbonat dua sudu dalam satu mangkuk air , lap dalam peti ais dan biarkan kering seketika.
2) Taburkan serbuk sodium bicarbonat di atas kertas, masukkan di dalam peti sejuk dan letak sekali beberapa keping roti.
3) Buka suis peti sejuk kemudian biarkan semalaman tanpa mengisi apa-apa barang di dalam peti sejuk.

  Keesokan harinya, bau busuk peti sejuk hilang terus. sekejap je. Jimat dan mudah. Tak perlu beli arang, lemon atau letak esen vanila. Alhamdulillah, berkesan.

Peti sejuk bahagian atas.

Peti sejuk bahagian bawah.


   Setelah dibiarkan semalaman, bolehlah buang roti dan sodium bicarbonat yang telah digunakan.Hasilnya memuaskan.Kemudian bolehlah lap dengan kain bersih sebelum menyusun semula semua compartment dan makanan yang dapat diselamatkan. 
Selamat mencuba! 
















AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...