Khamis, 9 Oktober 2014

BUBUR PULUT HITAM

RESEPI BUBUR PULUT HITAM.

Teringin pula rasanya nak buat bubur pulut hitam. Susah juga nak cari pulut hitam di area Adelaide. Cari punya cari pulut hitam akhirnya jumpa di kedai Vietnam, Asian Groceries. Kalau nak harapkan supermarket confirm tak kan jumpa la. Huhu...

Ok, jom tengok bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN:

1) pulut hitam 250g
2) 6 sudu gula pasir / raw sugar.
3) 1 ketul gula melaka yang berbentuk silinder.
4)1 tin santan.
5) garam secukup rasa.
6) 6 cawan air.

CARA-CARA:

1) Rendam pulut hitam sekurang-kurangnya 1jam . Kalau nak sedap rendam semalaman.
2)Cairkan gula melaka dengan 1 cawan air di atas api. Kemudian campurkan gula pasir tadi. Kacau  sehingga larut.Pasang api perlahan.
3)Dalam periuk asing, masak pulut hitam dengan 5 cawan air. Masak sehingga pulut masak. Pulut akan kembung bila dah masak. Kekalkan api perlahan dan selalu kacau supaya pulut tidak melekat di bawah.
4) Masukkan santan.
5)Masukkan garam secukup rasa.
6)Biarkan seketika sehingga hampir mendidih.
7) Tutup api dan sedia untuk dihidang.



P/S : Bubur perlu dikacau selalu supaya tidak melekat di dasar periuk.



1 ulasan:

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...