Isnin, 15 April 2024

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

 

AIDILFITRI DI MELBOURNE.


    Assalamualaikum semua,

        Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia tak kira di mana anda  berada. Raya di Malaysia tentu meriah seperti biasa dengan pelbagai warna baju raya, juadah Hari Raya dan kuih muih yang dibuat semperna Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sanak saudara sibuk berkumpul dan bertukar cerita setelah sekian lama tidak berjumpa. Budak-budak tidak kurang segaknya di pagi hari dan aktif sepanjang hari bermain bersama rakan dan sepupu masing-masing.


        Di Melbourne, Hari Raya disambut dengan meriah juga tetapi lain pula caranya. Di pagi raya, kami solat hari raya di taman beramai-ramai dan ada juga masjid-masjid yang membuat solat hari raya di awal pagi. Kami di sini beraya bersama rakan-rakan yang sudah menetap lama di sini.Kebanyakan masyarakat melayu di sini adalah berasal dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Masyarakat muslim yang lain beraya bersama kaum mereka dan sanak saudara mereka yang lain.


        Setelah selesai solat hari raya Aidilfitri, kami akan pergi beraya ke rumah rakan-rakan yang membuat rumah terbuka. Kadang-kadang ada banyak rumah terbuka yang tak sempat kami pergi kerana terlalu banyak jemputan yang diterima. Konsulate Malaysia juga mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada hari Raya kedua.Pelbagai juadah juga banyak disajikan dan sedap-sedap belaka. Rindu di kampung halaman terubat apabila dapat berkumpul sesama bangsa Malaysia tak kiralah kaum Melayu, Cina dan India. Mereka juga turut meraikan Hari Raya seperti di Malaysia.


        Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SEKIAN. 






        

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...