Ahad, 17 Mac 2024

Ramadhan 2024 di Melbourne

 

     Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Ramadhan kali ini jatuh diantara musim panas dan musim luruh di Melbourne. Tahun ini agak mencabar kerana suhu dan cuaca di Melbourne berubah sangat drastik di mana ia boleh berubah dari panas ke sejuk dengan cepat tidak sampai beberapa jam. Jika ingin keluar rumah, walaupun ramalan cuaca mengatakan mendung dan panas, kadangkala hujan akan turun tanpa diramal. Oleh itu, kenalah siapkan payung sebelum hujan selalu di sini.Heat wave di sini boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius.Udara dan angin panas akan terasa jika ia terjadi. Kulit juga rasa terbakar dan cepat kering. Penggunaan suncreen dan topi adalah benda wajib ada dan dipakai di sekolah ataupun ketika berjalan di luar rumah. 



Suncreen

   

Topi



   Satu lagi cabaran berpuasa pada tahun 2024 ialah waktu berbuka lambat sedikit berbanding ketika berpuasa pada musim sejuk. Pada kali ini, kami berbuka di antara pukul 7.45- 7.59 malam. Cuaca yang sangat panas dan kering dan waktu siang yang panjang merupakan salah satu cabaran yang perlu kami tempuhi sepanjang Ramadhan kali ini.

  Untuk budak-budak yang mula belajar berpuasa,mereka menghadapi cabaran tersendiri di mana di sekolah sini, ramai pelajar yang tidak berpuasa kerana pelajar yang beragama Islam adalah golongan minoroti.Oleh itu, godaan makanan dan minuman menjadi tinggi kerana mereka bebas makan di mana-mana ketika waktu rehat.Pelajar muslim yang berpuasa mestilah bersabar dan tabah menghadapi situasi ini sepanjang berpuasa di sekolah.

  Bazar Ramadhan di sini ada, tetapi bukanlah hari-hari dibuka.Ia dijual pada setiap hari hujung minggu.Solat Terawih ada ditunaikan di setiap masjid di Melbourne.Para jemaah boleh menunaikan solat terawih bagi kaum lelaki dan perempuan yang ingin menunaikan solat di masjid.Ada juga masjid yang menawarkan penjagaan kanak-kanak sementara para ibu menunaikan solat berjemaah.Oleh itu, para ibu dapat menunaikan solat tanpa gangguan si kecil dan dengan tenang.Persatuan Keluarga Melayu Melbourne juga ada menganjurkan Majlis berbuka puasa dan Terawih berjemaah pada setiap hujung minggu.Penduduk Melayu yang bermastautin di bumi Australia bolehlah berjumpa dan bertukar idea sesama ahli.Walaupun berada jauh di perantauan, tidaklah terasa asing dan sunyi dengan adanya persatuan yang ditubuhkan.


  Semoga Ramadhan 2024 ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan semoga kita dapat sama-sama mengisi bulan ini dengan perkara yang berfaedah dan menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya.

Salam Ramadhan dan Terima Kasih.


  

  



 

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...