Rabu, 4 Mei 2016

Kek Butter Simple


Kek Butter Simple.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Kali ini saya mahu kongsi bersama anda tentang cara membuat kek Butter.Kek Butter ini mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Jom tinjau bahan-bahan sebelum membuat kek ini.

Bahan-bahan:

1 ketul butter 250g.
4 biji telur.
1 sudu teh esen vanilla.
275g tepung naik sendiri.
225g gula halus.
140ml susu segar.


Cara-cara:

1)Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2 Kemudian  masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila.
3)Setelah adunan sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar.
4)Tuang adunan kek ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar bersuhu 185 darjah celsius selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.

Tadaaaaaa.....

Inilah hasilnya. Selamat Mencuba.

Kek pertama dalam loyang bulat.

Kek kali kedua buat.


Tips: 1)Ayak tepung untuk buang bendasing yang mungkin ada di               dalam tepung sebelum membuat kek.
         2) Bakar kek cukup masa supaya kek tidak kering.
         3) Rehatkan kek sekurang-kurangnya 30 minit sebelum                        memotong dan hidang.



Khamis, 24 Mac 2016

Projek Penternakan Cacing Di Rumah.

     Cacing tanah merupakan organisma pengurai dalam ekosistem alam semulajadi. Ia merupakan sahabat baik manusia dalam proses penguraian sisa makanan seperti kulit sayuran, buah-buahan yang reput dan bermacam-macam lagi. Tanah yang terhasil daripada najis cacing sangat berkhasiat kepada tanaman seperti sayur-sayuran, buah- buahan dan bunga-bungaan.

     Cacing tanah memerlukan penjagaan yang agak rapi. Tanah yang digunakan perlu dilembapkan dengan air. Jika tanah terlalu basah atau terlalu kering cacing akan lari ke tempat lain. Untuk menternak cacing tanah untuk kegunaan sendiri, pertama,kita memerlukan bekas unuk dijadikan rumah cacing. Bekas polisterina sesuai digunakan.Di Australia, rumah cacing ada dijual secara komersial.Projek ini dinamakan Worm Farm.

    Terdapat beberapa langkah yang perlu kita lakukan untuk membina rumah cacing.

1)Sediakan rumah cacing seperti bekas polisterina paling kurang 2 tingkat, atau worm farm sendiri        yang mempunyai 3 tingkat.

2) Lapik untuk lantai rumah cacing ( bedding) seperti kertas surat khabar yang dicarikkan, hampas         sabut kelapa atau sedikit tanah.

3) Selimut cacing seperti- baju lama yang tidak digunakan lagi, selimut lama dan apa-apa kain yang
    bukan dibuat daripada bahan sintetik boleh digunakan.

4)Sisa sayur-sayuran,kulit telur, kulit buah-buahan.

5) Cacing tanah anggaran 1000 ekor.- lagi banyak lagi bagus.

Kaedahnya:

1)Tindankan polisterina menjadi bertingkat.
   Kalau worm farm, pasangkan sahaja rumah cacing tersebut.



2) Lapik lantai rumah cacing dengan surat khabar, kertas dan hampas sabut kelapa atau tanah.



3)Lembapkan tanah dengan air tetapi jangan terlampau basah atau becak.

4)Masukkan cacing tanah tersebut.


5)Masukkan sayur-sayuran tadi.


6)Tutup dengan selimut, kain yang lama sebelum menutup penutup rumah cacing tersebut atau penutup polisterina.


7) Tebuk lubang di bahagian atas penutup polisterina untuk dijadikan lubang udara supaya cacing bernafas dan pengaliran udara lancar.

8)Letak rumah cacing ditempat yang redup. Tidak terlalu panas.

















Worm Jus yang terhasil.


     Worm jus akan terhasil setelah beberapa minggu.Jus ini didilute didalam air dengan nisbah 1:4 supaya ia tidak terlalu kuat untuk pokok. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca.Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah memberi soalan ,comment atau cadangan di ruangan di bawah.Saya akan memerangkan tentang makanan yang cacing suka dan tidak suka di tajuk akan datang.

      Jangan lupa untuk menanbah sisa sayuran pada cacing dan menyiram air supaya lembap didalam rumah cacing anda sekali atau dua kali seminggu..Rumah cacing yang sihat tidak berbau busuk tetapi berbau tanah.




Khamis, 28 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016



      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca sekalian, Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun baru 2016. Semoga  tahun ini dapat kita mengisi hari-hari dengan ilmu, pengalaman dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk kita seisi keluarga.
     

 Sebut pasal tahun baru, apakah azam tahun baru anda?

1) Mahu berjaya dalam pelajaran?
2) Membeli rumah atau kereta idaman?
3) Sihat sejahtera dalam kehidupan?
     atau sebagainya.

      Adakah azam tahun lepas berjaya terlaksana atau tersadai di tengah jalan? 

Jika tersadai, bawalah azam tahun lepas ke tahun ni supaya dapat kita cuba penuhi untuk tahun depan.

Semoga kita diberi kecekalan, kketabahan, kesabaranyang tinggi untuk menempuhi tahun 2016 ini yang semakin mencabar dan penuh tipu daya muslihat.Janganlah kita lalai, alpa dan leka dalam kesenangan dunia yang sementara.
Di bawah adalah kata-kata nasihat dan pedoman untuk kita untuk kita jadikan peringatan dalam kehidupan kini dan masa hadapan.

Semoga kita semua dapat menempuhi tahun 2016 ini dengan penuh kesabaran dan jayanya.Good Luck dan Insha Allah.
 
 
 



AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...