Ahad, 6 September 2015

Jenis-jenis Ruam Pada Bayi Dan Rawatan Mudah.

   Ruam merupakan tanda-tanda merah sama ada berbintik merah, berbiji ataupun berbonggol yang terjadi pada kulit bayi di mana-mana kawasan yang dikehendaki terutama di bahagian pelipat - pelipat badan seperti leher.Ia boleh menjadi gatal dan pedih pada bayi jika terlalu banyak.Terdapat pelbagai jenis ruam yang kemungkinan si manja alami dari awal kelahiran sehingga berumur 1-2 bulan seperti Ruam Panas,Ruam Susu dan Ruam Lampin.

   Ruam Panas terjadi apabila suhu kulit bayi tidak seimbang. Kurang pengudaraan,cuaca yang panas dan lembap akan menyebabkan penyumbatan pada kulit bayi.Sistem perpeluhan yang belum matang menyebabkan bayi tidak dapat mengawal suhu badannya dengan baik dan boleh menjadi tempat pembiakan bakteria jika kebersihan tidak dijaga.Ruam panas boleh berlaku di mana- mana bahagian badan sama ada di tangan, kaki atau badan.

Ruam Panas.


   Ruam susu adalah tanda- tanda merah yang muncul pada kulit bayi yang baru lahir sehingga 1-2 bulan pertama kelahirannya. Ruam susu biasanya muncul pada muka bayi dan boleh merebak ke tempat lain jika tidak dijaga dengan betul.
   Ruam susu berlaku apabila baki susu ibu yang diminum oleh bayi terkena pada kulit bayi dan tidak dibersihkan oleh ibu secepat mungkin.Ini menyebabkan susu tersebut bercampur dengan peluh bayi atau peluh ibu memberi iritasi pada bayi.Makanan ibu juga perlu dijaga terutamanya jika ibu mengambil susu,kekacang dan hasil laut kerana kemungkinan bayi alergi pada makanan tersebut dan menyebabkan ruam.

Ruam Susu

   Ruam lampin pula biasanya berlaku di kawasan punggung dan alat kelamin bayi. Ini disebabkan oleh pengumpulan najis atau air kencing bayi yang tidak dibersihkan dengan sempurna atau tidak menukar lampin bayi secepat mungkin apabila bayi kencing atau  berak. Ruam boleh menjadi semakin banyak dan boleh 
menjadi luka jika dibiarkan berlaku berulang kali.

Ruam Lampin.

   Ruam- ruam ini kadang kala menyebabkan muka bayi tercemar dengan ruam, bayi menangis dan meragam kerana tidak selesa dan menyebabkan bayi cuba menggarunya.Biasanya ruam-ruam ini akan hilang sendiri seiiring dengan usia bayi yang semakin bertambah apabila sistem imun beroperasi
 dengan lebih baik. Namun, jangka masa penyembuhan mengambil masa yang agak lama.

RAWATAN MUDAH UNTUK SI COMEL.

 Sebenarnya ruam- ruam di atas tidak perlu menggunakan ubat kerana ia akan hilang dengan sendirinya. Tetapi jika mahu menggunakan ubat, berikut adalah caranya:-

1) Ruam susu.
- Bio Oil. Yang ini saya pernah gunakan untuk anak. Cepat dan berkesan. Dapat dilihat setelah 2-3 hari.


2)Ruam panas.
- Mandi dengan air suam sebelum sapu losyen baby selepas lap kering kulit bayi .Dap kan dengan tuala yang bersih selepas mandi. Mengurut bayi dengan lembut untuk menggalakkan pengaliran darah.Elak menggunakan sabun bayi berlebihan.


                       Losyen biasa.

3) Ruam lampin.
- Tukar lampin pakai buang dengan segera apabila bayi berak dan apabila sudah pakai pampers selama 6 jam/8 jam bila perlu.
-guna ubat ruam lampin setiap kali menukar pampers.

                  ubat untuk ruam lampin.

   Jika ruam bertambah banyak, pedih,sakit,gatal dan disertai dengan demam, eloklah anak dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.Jika ibu juga tidak pasti tentang keadaan anak tersebut baik atau tidak, sebaik-baiknya bawalah berjumpa doktor supaya dapat diperiksaan dengan lebih terperinci supaya tahap kesihatan anak dapat diketahui. 

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...