Khamis, 28 Mei 2015

Tips Menambah Susu Badan Secara Semulajadi.


              Setiap wanita yang baru bergelar ibu buat pertama kalinya biasanya menghadapi masalah bagaimana hendak menambah susu badan samaada secara semulajadi mahupun secara kaedah ubat-ubatan. Pada awal kelahiran bayi, ibu harus menyusukan bayi secepat mungkin sebaik-baiknya seawal bayi lahir dari rahim. Jangka masa yang paling lama untuk bayi tidak menyusu adalah empat jam. Jika bayi tidak dirangsang untuk menyusu, susu ibu lambat untuk dihasilkan kerana lambatnya rangsangan hisapan daripada bayi.





             Bayi yang baru lahir akan kerap tidur berbanding bayi yang sudah membesar. Daripada pengalaman saya semasa menyusukan anak buat pertama kalinya, saya terpaksa mengejutkan anak saya sedaya yang mampu untuk dia bangun.Bayi seelok-eloknya kerap menyusu 2 jam sekali dan paling lama pun ialah 4 jam sekali.Jika kita biarkan dia tidur dan tidak menyusu, rangsangan untuk penghasilan hormon prolaktin akan lambat dan susu ibu sukar untuk dihasilkan secara cepat dan banyak apabila tiba waktu menyusu. 

            Susu ibu dihasilkan on demand di mana jika kerap bayi menyusu, cepat payudara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan. Jika kita tidak menyusukan bayi lebih daripada enam jam, penghasilan susu ibu akan mula berkurangan sedikit demi sedikit kerana otak mendapat signal mengatakan payudara masih penuh dan tidak perlu menghasilkan susu buat masa ini sebab itu susu menjadi semakin kurang. Jika ini terjadi, ibu hendaklah menyusukan bayi semula sekerap mungkin untuk merangsang semula penghasilan susu ibu.




        
                Di sini terdapat beberapa tips bagaimana menambah susu ibu secara semulajadi yang telah saya amalkan.Setiap ibu mempunyai milk booster yang mungkin berbeza daripada setiap yang lain.


1) Susukan bayi dengan tenang dan selesa.
Biasanya lihat bayi semasa menyusu ataupun jika tidak lihatlah gambar atau video yang boleh menenangkan hati ketika menyusu bayi.

2)Elakkan stress dan posisi penyusuan yang betul.
Jika ibu stress, biasanya susu ibu kurang . Oleh itu cari cara-cara yang boleh menghilangkan stress ibu.Cara memegang bayi ketika menyusu juga hendaklah betul iaitu perut bertemu perut. Kedudukan bayi hendaklah selari dengan badan ibu.




3)Banyakkan minum air 2 liter sehari ataupun setakat mane yang boleh.Minum sikit-sikit tetapi kerap supaya tidak kembung perut dengan air.

4) Minum susu. Minum susu segar ataupun susu kotak 2 gelas sehari kalau boleh. Makin banyak pun tak apa.



5) Minum milo. Milo menyebabkan payudara cepat penuh dengan susu.

6) Kerap pam susu. Semakin kerap pam susu semakin banyak susu dihasilkan. Kalau tak nak guna pam susu, susukan bayi sekerap mungkin.

7)Makan kekacang dan ulam-ulaman. Setakat ini, saya makan semua jenis sayur.Alhamdulillah masih berupaya menyusukan bayi setakat ini. Semoga saya dapat memenuhi jangka masa 2 tahun menyusukan anak.

8)Makan kurma dapat memberi tenaga kepada ibu dan memberi khasiat kepada anak.

 Setakat itulah amalan yang telah saya amalkan dan senang dilakukan selama ini.Kalau nak teruskan makan vitamin semasa mengandung pun boleh.Contohya Blackmore Pregnancy Gold and Breast Feeding.

          Semoga para ibu berjaya menyusukan bayi masing-masing sehingga 2 tahun.
Tips yang terakhir adalah sentiasa berdoa dan tidak berputus asa untuk meneruskan penyusuan susu ibu.  


AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...