Khamis, 20 November 2014

Birthday buat suami tercinta.


         7 November merupakan tarikh keramat buat suami tercinta. Aku berazam untuk membuat kek sendiri dan tidak membeli di kedai kek. Setelah bertungkus lumus , akhirnya kek yang diidamkan siap juga. Macam-macam bahan aku beli semata-mata untuk menghias kek birthday tersebut. Hias punya hias, maka, jadilah rupa nya seperti jeng jeng jeng...



Hadiah? Alamak, tak tau nak kasi hadiah apa. mmmm.. Nak beli jam, tali pinggang, dompet semua barang keperluan lelaki suamiku dah ada, Apa lagi agaknya.mmmmm. Last-last aku belanja suamiku kad reload i tune untuk kegunaannya. 


Harga untuk 2 kad ni AUD60 tapi disebabkan ada promosi Krismas, harganya turun menjadi AUD 45, untung beli masa diskaun, Kad Itune ni banyak dijual di supermarket. Kita dapat membeli application , i book, game, lagu dan sebagainya menggunakan kad reload ini tanpa menggunakan kad kredit atau debit. Satu lagi dia tak der expiry date lepas kita aktifkan kad reload ni. Mudah dan agak selamat berbanding menggunakan kad kredit. 





Rabu, 12 November 2014

Donut Ringkas dan sedap

 DONUT RINGKAS DAN SEDAP.


         Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan dan pembaca sekalian. Sudah lama tak buat makanan ringan di malam hari, Hari ni tiba-tiba pula rasa teringin nak makan donut. Dohnya dah disediakan seawal 3 petang, makannya pula pukul 10 malam. Layan je la asal kenyang perut. hehe..

         Ok, Bahan-bahan dia simple juga, dulu-dulu time kecil macam susah je nak buat donut ni. Tengok mak masak macam panjang sangat prosesnya. Tapi sekarang ni bila cuba sendiri tak la susah mane.  Nak bentuk-bentuk pun pakai tangan pun ok je. Tak payah guna acuan ke apa.Buat sendiri boleh makan banyak mane yang kita nak. 

Apa lagi, jom tinjau bahan dan cara-cara membuat donut ni.

Bahan-bahan:

2 Sudu besar marjerin -  dicairkan didalam microwave selama 30 saat. Pastikan tutup dengan penutup microwave kalau tak habis terpecik dalam microwave nanti.
6 sudu besar gula pasir.
3 sudu besar susu pekat manis.
1 cawan air suam.
1 paket yis Mauripan.- yang kering.
1 biji telur.
3 cawan tepung gandum.
gula caster- untuk salut kat donut.
minyak untuk menggoreng,deep fry.


Cara-cara:
1)Cairkan marjerin dan ke tepikan seketika.
2)Masukkan gula di dalam air suam diikuti dengan susu pekat manis.
3)Kemudian masukkan yis tadi, kacau rata kemudian biarkan selama 10 minit supaya campuran berbuih.
4)Sementara itu, Pecahkan telur dan campurkan di dalam mentega yang cair tadi dan kacau rata.
5) Setelah campuran yis tadi dah 10 minit, campurkan adunan telur dan mentega di dalam adunan yis tadi dan kacau rata.
6)Masukkan 3 cawan tepung di dalam mangkuk besar atau mangkuk doh.
7) Masukkan semua campuran tadi di dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit  sampai habis sambil kacau adunan tepung perlahan-lahan menggunakan sudip kayu atau sudu pun boleh sehingga rata dan jadi doh.
8) Kemudian biarkan adunan selama 45 minit supaya doh mengembang.Tutup dengan kain yang bersih.
9) Bentukkan doh menjadi donut menggunakan tangan dan rehatkan doh selama 10 minit sebelum menggoreng.
10)Panaskan minyak didalam kuali dan goreng donut sehingga masak.Guna api yang perlahan supaya donut masak sekata dan cantik.
11)Toskan minyak pada donut sebelum digolekkan di dalam gula caster.
12)Biarkan sejuk sebelum dihidang.




         Inilah hasilnya, donut yang tanpa menggunakan acuan.

p/s: 1) Api jangan besar supaya dalam donut masak sekata.
       2) Doh donut perlu dihabiskan pada hari yang sama 
           untuk elakkan rasa yis yang kuat.
       3) Resepi ni dah ngam2 rasa manis gulanya, tapi kalau
           nak kurangkan gulanya kurangkan gula caster yang
           menyaluti donut.

Selamat mencuba. 
       





AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...