Sabtu, 30 Mac 2013

Magis Manis Coklat.

       Pertama kali membaca komik ni, jalan ceritanya simple dan pendek. Watak utama cerita ialah Aikawa Shokora, ahli sihir kegelapan yang dilantik dikalangan manusia. Gadis comel ini meneruskan hasrat bapa dia untuk menjadi pembuat coklat yang terkenal menggunakan ramuan hati manusia. Dia mampu mengambil hati manusia yang memakan coklat yang dibuatnya sebagai bayaran. Sesiapa yang berhati jahat, coklatnya menjadi racun tetapi menjadi ubat jika berhati baik.

      Setakat ini, sudah ada 5 buku yang telah diterbitkan.Aikawa Shokora ditemani seekor kucing hitam yang bernama Kakao yang sebenarnya merupakan syaitan dari dunia kegelapan yang sebenarnya berhasrat mengambil roh Aikawa Shokora sewaktu dia masih kecil.Shokora sepatutnya menjadi korban bapanya agar bapanya dapat menjadi pembuat coklat terunggul di dunia.Namun, hasrat bapanya tidak kesampaian apabila mati dalam kebakaran di rumah mereka akibat disabotaj oleh musuh. Satu demi satu pelajar sekolah, gadis, budak remaja lelaki datang ke kedai coklat yang dibuka Shokora untuk membeli coklat buatannya yang mampu menunaikan hajat manusia sama ada baik ataupun hajat yang jahat.



Buku pertama.



Buku kedua- Bitter sweet.

     Dalam buku kedua ini banyak menceritakan tentang masa silam Aikawa Shokora dimana kehidupan kanak-kanaknya bersama ayah.Shokora membesar tanpa kasih sayang ayahnya setelah kematian ayah akibat perjanjian dengan syaitan di dunia kegelapan.



Buku ketiga-Creamy sugar.

     Creamy Sugar banyak mengisahkan tentang kehadiran ahli sihir baru iaitu white whitch dimana Blench merupakan ahli sihir pembuat coklat sejati dari dunia kegelapan. Blench sukakan Kakao dan bersaing dengan Shokora untuk menghasilkan coklat terhebat.Watak Blench banyak diceritakan dalam buku Magis Coklat yang keempat iaitu  Dark Spice.



Buku keempat- Dark Spice.

     Buku terakhir Magis Manis Coklat yang telah dikeluarkan setakat ini adalah Evil Essence, dimana banyak menceritakan kesinambungan Shokora mengumpul hati manusia. Kakao, kucing hitam jelmaan syaitan kegelapan semakin rapat dan suka pada Shokora menjadikan cerita Magis Manis Coklat semakin menarik untuk dibaca. 


Buku kelima-Evil Essence.


     Peminat buku komik pasti rugi jika tidak membaca buku karangan  Rino Mizuho ini.Jalan cerita yang menarik dan bentuk coklat yang pelbagai dan pelik menyebabkan pembaca tertanya-tanya rupa coklat yang akan dihasilkan Shokora seterusnya.

  Setiap kali pergi ke kedai buku, buku ini pasti menjadi tinjauan pertama untuk memilikinya.Harga pun berpatutan dan mampu untuk dibeli.Rm7.50 senaskah. Walaupun grene komik ini adalah seram, tetapi jalan ceritanya tak la seram mane dan mampu untuk dibaca setiap lapisan masyarakat.Kedai buku yang terpantas menjual buku-buku terkini adalah MPH. 

     















AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...