Isnin, 15 April 2024

AIDILFITRI DI MELBOURNE.

 

AIDILFITRI DI MELBOURNE.


    Assalamualaikum semua,

        Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia tak kira di mana anda  berada. Raya di Malaysia tentu meriah seperti biasa dengan pelbagai warna baju raya, juadah Hari Raya dan kuih muih yang dibuat semperna Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sanak saudara sibuk berkumpul dan bertukar cerita setelah sekian lama tidak berjumpa. Budak-budak tidak kurang segaknya di pagi hari dan aktif sepanjang hari bermain bersama rakan dan sepupu masing-masing.


        Di Melbourne, Hari Raya disambut dengan meriah juga tetapi lain pula caranya. Di pagi raya, kami solat hari raya di taman beramai-ramai dan ada juga masjid-masjid yang membuat solat hari raya di awal pagi. Kami di sini beraya bersama rakan-rakan yang sudah menetap lama di sini.Kebanyakan masyarakat melayu di sini adalah berasal dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Masyarakat muslim yang lain beraya bersama kaum mereka dan sanak saudara mereka yang lain.


        Setelah selesai solat hari raya Aidilfitri, kami akan pergi beraya ke rumah rakan-rakan yang membuat rumah terbuka. Kadang-kadang ada banyak rumah terbuka yang tak sempat kami pergi kerana terlalu banyak jemputan yang diterima. Konsulate Malaysia juga mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada hari Raya kedua.Pelbagai juadah juga banyak disajikan dan sedap-sedap belaka. Rindu di kampung halaman terubat apabila dapat berkumpul sesama bangsa Malaysia tak kiralah kaum Melayu, Cina dan India. Mereka juga turut meraikan Hari Raya seperti di Malaysia.


        Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

SEKIAN. 






        

Ahad, 17 Mac 2024

Ramadhan 2024 di Melbourne

 

     Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Ramadhan kali ini jatuh diantara musim panas dan musim luruh di Melbourne. Tahun ini agak mencabar kerana suhu dan cuaca di Melbourne berubah sangat drastik di mana ia boleh berubah dari panas ke sejuk dengan cepat tidak sampai beberapa jam. Jika ingin keluar rumah, walaupun ramalan cuaca mengatakan mendung dan panas, kadangkala hujan akan turun tanpa diramal. Oleh itu, kenalah siapkan payung sebelum hujan selalu di sini.Heat wave di sini boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius.Udara dan angin panas akan terasa jika ia terjadi. Kulit juga rasa terbakar dan cepat kering. Penggunaan suncreen dan topi adalah benda wajib ada dan dipakai di sekolah ataupun ketika berjalan di luar rumah. 



Suncreen

   

Topi



   Satu lagi cabaran berpuasa pada tahun 2024 ialah waktu berbuka lambat sedikit berbanding ketika berpuasa pada musim sejuk. Pada kali ini, kami berbuka di antara pukul 7.45- 7.59 malam. Cuaca yang sangat panas dan kering dan waktu siang yang panjang merupakan salah satu cabaran yang perlu kami tempuhi sepanjang Ramadhan kali ini.

  Untuk budak-budak yang mula belajar berpuasa,mereka menghadapi cabaran tersendiri di mana di sekolah sini, ramai pelajar yang tidak berpuasa kerana pelajar yang beragama Islam adalah golongan minoroti.Oleh itu, godaan makanan dan minuman menjadi tinggi kerana mereka bebas makan di mana-mana ketika waktu rehat.Pelajar muslim yang berpuasa mestilah bersabar dan tabah menghadapi situasi ini sepanjang berpuasa di sekolah.

  Bazar Ramadhan di sini ada, tetapi bukanlah hari-hari dibuka.Ia dijual pada setiap hari hujung minggu.Solat Terawih ada ditunaikan di setiap masjid di Melbourne.Para jemaah boleh menunaikan solat terawih bagi kaum lelaki dan perempuan yang ingin menunaikan solat di masjid.Ada juga masjid yang menawarkan penjagaan kanak-kanak sementara para ibu menunaikan solat berjemaah.Oleh itu, para ibu dapat menunaikan solat tanpa gangguan si kecil dan dengan tenang.Persatuan Keluarga Melayu Melbourne juga ada menganjurkan Majlis berbuka puasa dan Terawih berjemaah pada setiap hujung minggu.Penduduk Melayu yang bermastautin di bumi Australia bolehlah berjumpa dan bertukar idea sesama ahli.Walaupun berada jauh di perantauan, tidaklah terasa asing dan sunyi dengan adanya persatuan yang ditubuhkan.


  Semoga Ramadhan 2024 ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan semoga kita dapat sama-sama mengisi bulan ini dengan perkara yang berfaedah dan menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya.

Salam Ramadhan dan Terima Kasih.


  

  



 

Khamis, 8 April 2021

RAMADHAN 2021.

   

     


       Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Semoga dipermudahkan segala urusan seharian. Kita akan menjalani ibadah puasa tidak lama lagi. Semoga Ramadhan 2021 ini akan menjadi lebih bermakna dan menjadikan kita lebih istiqamah dalam melaksanakan ibadah puasa, menahan diri daripada lapar, dahaga, melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.




 Insha Allah, saya akan berkongsi pengalaman pertama saya dalam mengajar anak yang berusia 6 tahun untuk berpuasa pada tahun ini. Terima kasih.






 


Rabu, 1 Januari 2020

Happy New Year 2020


     Tahun 2019 telah meninggalkan kita manakala tahun 2020 pula menjelma. Banyak suka duka yang telah kita lalui  sepanjang tahun 2019. Semua pengalaman dan peristiwa yang telah berlaku menjadikan kita seorang yang lebih tabah dan matang dalam kehidupan seharian. Semoga tahun 2020 ini menjadi titik tolak untuk kita semua menjadi seorang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni.


    Apakah azam baru untuk tahun 2020?




     Senaraikan azam baru di awal tahun untuk mencapai matlamat pada tahun tersebut merupakan langkah yang bijak. Azam yang hendak dicapai tidak perlu panjang. Cukuplah ada 3 yang paling utama. kalau banyak-banyak tetapi jika tidak berusaha untuk mencapainya pun tidak berguna.
Semoga kita memulakan tahun 2020 ini dengan semangat dan azam yang baru.

Azam 2020:

1) Solat di awal waktu.
2)Senaman paling kurang 2 kali seminggu.
3)Minum air 2L sehari.







Rabu, 4 Mei 2016

Kek Butter Simple


Kek Butter Simple.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Kali ini saya mahu kongsi bersama anda tentang cara membuat kek Butter.Kek Butter ini mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Jom tinjau bahan-bahan sebelum membuat kek ini.

Bahan-bahan:

1 ketul butter 250g.
4 biji telur.
1 sudu teh esen vanilla.
275g tepung naik sendiri.
225g gula halus.
140ml susu segar.


Cara-cara:

1)Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang.
2 Kemudian  masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila.
3)Setelah adunan sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar.
4)Tuang adunan kek ke dalam loyang dan bakar dalam ketuhar bersuhu 185 darjah celsius selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.

Tadaaaaaa.....

Inilah hasilnya. Selamat Mencuba.

Kek pertama dalam loyang bulat.

Kek kali kedua buat.


Tips: 1)Ayak tepung untuk buang bendasing yang mungkin ada di               dalam tepung sebelum membuat kek.
         2) Bakar kek cukup masa supaya kek tidak kering.
         3) Rehatkan kek sekurang-kurangnya 30 minit sebelum                        memotong dan hidang.



Khamis, 24 Mac 2016

Projek Penternakan Cacing Di Rumah.

     Cacing tanah merupakan organisma pengurai dalam ekosistem alam semulajadi. Ia merupakan sahabat baik manusia dalam proses penguraian sisa makanan seperti kulit sayuran, buah-buahan yang reput dan bermacam-macam lagi. Tanah yang terhasil daripada najis cacing sangat berkhasiat kepada tanaman seperti sayur-sayuran, buah- buahan dan bunga-bungaan.

     Cacing tanah memerlukan penjagaan yang agak rapi. Tanah yang digunakan perlu dilembapkan dengan air. Jika tanah terlalu basah atau terlalu kering cacing akan lari ke tempat lain. Untuk menternak cacing tanah untuk kegunaan sendiri, pertama,kita memerlukan bekas unuk dijadikan rumah cacing. Bekas polisterina sesuai digunakan.Di Australia, rumah cacing ada dijual secara komersial.Projek ini dinamakan Worm Farm.

    Terdapat beberapa langkah yang perlu kita lakukan untuk membina rumah cacing.

1)Sediakan rumah cacing seperti bekas polisterina paling kurang 2 tingkat, atau worm farm sendiri        yang mempunyai 3 tingkat.

2) Lapik untuk lantai rumah cacing ( bedding) seperti kertas surat khabar yang dicarikkan, hampas         sabut kelapa atau sedikit tanah.

3) Selimut cacing seperti- baju lama yang tidak digunakan lagi, selimut lama dan apa-apa kain yang
    bukan dibuat daripada bahan sintetik boleh digunakan.

4)Sisa sayur-sayuran,kulit telur, kulit buah-buahan.

5) Cacing tanah anggaran 1000 ekor.- lagi banyak lagi bagus.

Kaedahnya:

1)Tindankan polisterina menjadi bertingkat.
   Kalau worm farm, pasangkan sahaja rumah cacing tersebut.



2) Lapik lantai rumah cacing dengan surat khabar, kertas dan hampas sabut kelapa atau tanah.



3)Lembapkan tanah dengan air tetapi jangan terlampau basah atau becak.

4)Masukkan cacing tanah tersebut.


5)Masukkan sayur-sayuran tadi.


6)Tutup dengan selimut, kain yang lama sebelum menutup penutup rumah cacing tersebut atau penutup polisterina.


7) Tebuk lubang di bahagian atas penutup polisterina untuk dijadikan lubang udara supaya cacing bernafas dan pengaliran udara lancar.

8)Letak rumah cacing ditempat yang redup. Tidak terlalu panas.

















Worm Jus yang terhasil.


     Worm jus akan terhasil setelah beberapa minggu.Jus ini didilute didalam air dengan nisbah 1:4 supaya ia tidak terlalu kuat untuk pokok. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada para pembaca.Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah memberi soalan ,comment atau cadangan di ruangan di bawah.Saya akan memerangkan tentang makanan yang cacing suka dan tidak suka di tajuk akan datang.

      Jangan lupa untuk menanbah sisa sayuran pada cacing dan menyiram air supaya lembap didalam rumah cacing anda sekali atau dua kali seminggu..Rumah cacing yang sihat tidak berbau busuk tetapi berbau tanah.




Khamis, 28 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016



      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca sekalian, Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun baru 2016. Semoga  tahun ini dapat kita mengisi hari-hari dengan ilmu, pengalaman dan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk kita seisi keluarga.
     

 Sebut pasal tahun baru, apakah azam tahun baru anda?

1) Mahu berjaya dalam pelajaran?
2) Membeli rumah atau kereta idaman?
3) Sihat sejahtera dalam kehidupan?
     atau sebagainya.

      Adakah azam tahun lepas berjaya terlaksana atau tersadai di tengah jalan? 

Jika tersadai, bawalah azam tahun lepas ke tahun ni supaya dapat kita cuba penuhi untuk tahun depan.

Semoga kita diberi kecekalan, kketabahan, kesabaranyang tinggi untuk menempuhi tahun 2016 ini yang semakin mencabar dan penuh tipu daya muslihat.Janganlah kita lalai, alpa dan leka dalam kesenangan dunia yang sementara.
Di bawah adalah kata-kata nasihat dan pedoman untuk kita untuk kita jadikan peringatan dalam kehidupan kini dan masa hadapan.

Semoga kita semua dapat menempuhi tahun 2016 ini dengan penuh kesabaran dan jayanya.Good Luck dan Insha Allah.
 
 
 



AIDILFITRI DI MELBOURNE.

  AIDILFITRI DI MELBOURNE.     Assalamualaikum semua,           Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di...